LAMPIRAN A

Kuliah 1-Intro-Latar belakang Kelab Pemimpin

1.Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

2.Taklimat Pemimpin mengikut perspektif Islam-Presiden/Timbalan Presiden

3.Taklimat fasilitator kumpulan-latar belakang KP

i. Cogan kata

    1. Objektif
    2. Kepentingan
    3. Cara pengendalian kumpulan
    4. Pengisian /kuliah pemimpin

4.Sesi soal-jawab

5.Rumusan

Gerak kerja

1.Pastikan ahli kumpulan mengisi borang kelab pemimpin-serah kembali kepada fasilitator yang bertugas.

2.Pastikan ahli kumpulan telah memilih hari, masa dan tempat untuk pertemuan mingguan.

 

 

Kuliah 2-Taaruf

1.Sesi taaruf

Dimulai dengan fasilitator dengan menyatakan;

a. nama penuh

b. nama mesra

    1. asal
    2. fakulti
    3. tahun
    4. pengkhususan
    5. tempat tinggal sekarang
    6. hobi
    7. cita-cita
    8. kegiatan-kegiatan ko-kurikulum
    9. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan
    10. Saya suka jika…….
    11. Saya tidak suka jika……….
    12. Saya menyertai KP kerana……

 

2.Sesi soal jawab atau memberi pandangan, jika terdapat sesuatu yang dirasai terdapat perkara-perkara yang perlu diperbetulkan.

3.Sesi taklimat perkembangan aktiviti organisasi

4.Rumusan.

Gerak kerja

1.Sila lantik setiausaha kumpulan

 

Kuliah 3-Takrif Pemimpin

1.Kuliah pemimpin-takrif pemimpin

2. Minta pendapat daripada peserta mengenai tajuk ini.

3.Panduan kepada fasilitator

Takrif pemimpin

i)Mengikut pandangan umum

Merujuk kepada kamus dewan, pemimpin ialah;i.orang yang memimpin; ii.buku pedoman atau petunjuk.

Asal perkataan;"pimpin" yang bermaksud,bimbing, pandu, tuntun, atau tunjuk

Rumusan-Daripada definisi kamus dewan itu jelaslah pemimpin itu merujuk kepada individu yang memimpin yang bersumberkan kepada kebenaran(petunjuk).

ii)Mengikut konteks Islam

Hadis nabi saw;

"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya"

Maksudnya; Menurut konsep Islam definisi pemimpin lebih luas. Ia bukan sahaja untuk golongan yang dianggap pemimpin sahaja tetapi juga merujuk kepada individu-individu biasa. Setiap daripada manusia adalah pemimpin dan manusia itu bertanggungjawab di atas kepimpinannya sendiri.

Misalnya, sebagai seorang mahasiswa, ia juga merupakan seorang pemimpin yang dipertanggungjawabkan di atas dirinya sendiri. Apakah matlamat sebenar mahasiswa dihantar oleh ibu bapa masing-masing ke menara gading. Adakah untuk berdemontrasi? Untuk lepak? Untuk enjoy ? atau untuk perkara-perkara lain.

Sesungguhnya mahasiswalah sendiri yang akan menentukan masa depannya sendiri. Kalau ia mahu dirinya dikenakan tindakan tatatertib, maka sila lakukanlah demontrasi. Janganlah pula menyalahkan orang lain jika diri sendiri dihukum.

Justeru itu jelaslah konsep kepimpinan ini amat luas maksudnya. Jika diri sendiri tidak dapat dipimpin bagaimanakah pula untuk memimpin orang lain. Memimpin diri sendiri merupakan satu agenda penting untuk menjadikan diri kita menjadi manusia yang lebih lebih baik berbanding dengan orang lain.

Rumusannya, konsep pemimpin menurut perspektif Islam amat luas. Ia semestinya bertitik tolak daripada diri sendiri.

4.Taklimat aktiviti organisasi.

Gerak kerja

Benarkah pendapat yang mengatakan konsep pemimpin tidak relevan untuk mahasiswa, kerana konsep ini hanya untuk pemimpin politik sahaja?

 

 

Kuliah 4-Jenis, Keutamaan & Ciri-ciri Pemimpin

1.Kuliah pemimpin

Jenis pemimpin

    1. autokrat
    1. benevolent autokrat
    1. demokrat
    1. laissez faire

 

 

 

 

Lima Perkara Yang Perlu diutamakan Pemimpin

1.Masa-Tahu akan kegunaan masa anda. Jangan biarkan masa mengawal anda.Sebaliknya anda yang mengawal masa dengan menggunakan setiap saat untuk kerja-kerja Islam.

2.Kekuatan-Bekerja dengan kekuatan bukan dengan kelemahan. Hal ini termasuk diri anda dan sahabat-sahabat anda. Akui kekuatan dan kelemahan anda dan bersedia menerima kelebihan orang lain tanpa merasa kedudukan anda terancam

3.Matlamat. Fokuskan kepada matlamat yang jelas. Lakukan sesuatu perkara dengan memberi tumpuan utama kepada matlamat yang ingin dicapai.

4.Keutamaan-Beri perhatian kepada perkara-perkara utama yang dibuat secara berperingkat-peringkat.

5.Bertawakal-kita mampu merancang, hanya Allah yang akan menentukannya

 

Ciri-ciri pemimpin Berkualiti

a)Secara umum

    1. kemampuan mental
    2. minat dan kebolehan yang luas
    3. kemahiran komunakasi
    4. kematangan
    5. kekuatan motivasi
    6. kemahiran sosial
    7. keupayaan mentadbir.

b)Secara khusus

    1. Akhlak yang baik
    2. Berfikiran sebagai pengurus
    3. Sikal adil
    4. Berfikiran pendidik
    5. Emosi matang
    6. Berfikiran perancang
    7. Menghormati diri sendiri dan orang lain
    8. Tekun
    9. Tegas
    10. Sifat tersusun rapi
    11. Boleh dipercayai
    12. Bersemangat
    13. Bertenaga
    14. Penulisan dan percakapan yang jelas
    15. Logikal
    16. Berfikiran pantas dan tajam
    17. Bertanggungjawab
    18. Berilmu
    19. Sifat sebagai seorang penggerak
    20. Kreatif dan bekerja kuat
    21. Kesetiaan
    22. Sifat kemanusiaan
    23. Berani
    24. Jujur

2. Taklimat aktiviti organisasi

Gerak kerja

Berikan ciri-ciri pemimpin yang anda kehendaki.

 

 

 

Kuliah 5-7 Nilai Pemimpin Islam

 

1. Kuliah pemimpin

7 Nilai Pemimpin Islam

  1. 1. Nilai kerohanian
  2. 2. Nilai displin & masa

3. Nilai bertanggungjawab

4. Nilai ikhlas & amanah

5. Nilai etika & akhlak

6. Nilai rasional

7. Nilai kesederhanaan

2. Tanya pendapat peserta mengenai kefahaman mereka tentang sifat-sifat di atas.

3. Taklimat aktiviti organisasi

 

Gerak kerja

Tanpa melihat nota suruh peserta sebut semula tujuh nilai pemimpin itu.

 

 

 

 

Kuliah 6-Pemimpin SWOT, TORI & PLOC

  1. Kuliah Pemimpin
  2. Takrif SWOT

    (S)Strenght(kekuatan)

    (W)Weakness(kelemahan)

    (O)Opurtunity(peluang)

    (T)Treat(ancaman)

    SWOT merupakan satu alat yang boleh digunakan oleh setiap pemimpin untuk mengenalpasti sesuatu perkara/permasalahan.

    Misalnya-aplikasikan teori SWOT untuk menambahkan bilangan ahli KP.

    Takrif TORI

    (T)Trust-Being(kepercayaan-keyakinan)

    (O)Opening-Showing(keterbukaan)

    (R)Realizing-Growing(Membangun-membina)

    (I)Interdependence-Teaming(Saling Bergantung-berpasukan)

    TORI merupakan 4 sifat asas yang perlu ada dalam seseorang pemimpin.

    Persoalannya-adakah sifat-sifat ini terdapat dalam diri anda.

    Takrif PLOC

    (P) Planning(Perancangan)

    (L)Leading(Mengetuai)

    (O)Organizing(mengurus)

    (C)Controling(mengawal)

    PLOC merupakan perkara-perkara asas yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin dalam menguruskan sesuatu organisasi.

  3. Taklimat perkembangan organisasi

Gerak kerja

Uji ahli kelab tentang kefahaman mereka menggunakan ketiga-tiga kaedah itu.(SWOT/TORI/PLOC)

 

 

 

 

Kuliah 7-4 Sifat pemimpin Islam (2VMA)

  1. Kuliah Pemimpin
  2.  

    Fasilitator diminta untuk menjelaskan bahawa seseorang pemimpin yang sempurna mesti mempunyai ketrampilan fizikal dan rohani. Kedua-dua ini memainkan peranan yang sangat penting.

    Ketrampilan fizikal-maksudnya unsur-unsur luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti cara berpakaian,tubuh badan yang sihat,cara bertutur, cara berjalan, cara berinteraksi, cara berkomunikasi dan sebagainya.

    Ketrampilan rohani-maksudnya unsur-unsur dalaman, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Unsur-unsur dalaman itu dinamakan tabiat/perangai yang akan membentuk tingkah laku seseorang. Tabiat terbahagi kepada dua iaitu tabiat baik dan tabiat buruk. Kebiasaannya seseorang pemimpin itu tidak menyedari tentang tabiat buruknya tetapi disedari juga oleh orang lain yang sentiasa berinteraksi dengannya. Asas rohani adalah agama. Seseorang pemimpin yang dapat mengamalkan agama yang baik akan membentuk keperibadian yang tinggi.

    Kedua-dua ketrampilan ini terangkum di dalam 2VMA

    (V) Visi-Pemimpin yang mempunyai wawasan dan idea-idea yang bernas

    (V) Vokal-Pemimpin yang mempunyai mutu percakapan(pidato) yang baik

    (M)Misi-Pemimpin yang mempunyai perancangan dan perlaksanaan gerakkerja yang berkesan.

    (A)Akhlak-Pemimpin yang mempunyai akhlak/keperibadian yang baik.

    Vokal dan Misi adalah unsur luaran manakala Visi dan Akhlak adalah unsur dalaman.

    Kesimpulannya, seorang pemimpin yang berkualiti itu mesti mempunyai; i. Aqal yang baik(visi); ii. Gerakkerja yang baik(misi); iii. Komunikasi yang baik(vokal) dan iv.keperibadian yang tinggi(akhlak)

     

  3. Taklimat perkembangan organisasi

 

Gerak kerja

Pilih seorang pemimpin dan nilaikan konsep 2VMA yang terdapat dalam dirinya.

 

 

 

Kuliah 8-Visi

    1. Kuliah pemimpin

Takrif visi

Mengikut kamus dewan(m/s 1452) visi merupakan penglihatan dan tanggapan atau keupayaan melihat dan menanggap sesuatu secara mendalam terutamanya yang merangkumi perkembangan-perkembangan masa depan dan sebagainya. Pemimpin yang mempunyai keperibadian yang utuh serta mempunyai visi dalam kepimpinan.

Pemimpin yang bervisi adalah pemimpin yang berwawasan. Wawasan bermaksud suatu fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal, pandangan, atau konsepsi.

Sesuai dengan konsep pemimpin sebagai orang yang memimpin orang lain

Maka seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai penglihatan yang lebih terkedepan berbanding dengan orang lain.

Visi dan akal fikir

Untuk menentukan seseorang itu bervisi atau tidak, haruslah dilihat bagaimana seseorang itu memikirkan sesuatu perkara. Sejauh mana akal fikirnya boleh menilai apabila sesuatu perkara. Sekirannya ia dapat menanggap dengan lebih jauh maka visinya adalah hebat dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, untuk menjadikan seseorang itu bervisi, maka budaya memikir, haruslah dipupuk dalam diri seseorang itu.

Oleh kerana visi berpusat diaqal maka pemimpin yang bervisi biasanya mempunyai idea-idea yang segar dan bernas. Ia mampu mengeluarkan idea-idea baru yang tidak terfikir oleh orang lain.

Pemimpin yang bervisi, berusaha untuk menjayakan idea-idea yang terdapat di mindanya. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mempunyai idea(visi) serta mampu melaksanakan ideanya menjadi suatu perkara yang dapat disaksikan oleh orang lain. Pemimpin yang bervisi biasanya dapat bertahan lama, kerana ia tidak mudah patah semangat, dan berusaha untuk merealisasikan ideanya itu.

Pada hakikatnya pemimpin bervisi adalah pemimpin berkarimatik. Karimatik maksudnya seseorang pemimpin itu mempunyai daya tarikan yang boleh mempengaruhi orang lain untuk mengikuti kata-kata dan perbuatannya.

 

 

 

Langkah-langkah menjadi pemimpin yang bervisi

    1. Sentiasa berlatih menjadi seorang pemikir mengenai sesuatu perkara.
    2. Berlatih melihat sesuatu benda secara dwi-pandangan; tersurat dan tersirat. Misalnya melihat gambar wanita muda(seperti terlampir).

    3. Bergaul dengan orang-orang/tokoh-tokoh yang mempunyai daya fikir
    4. yang tinggi.

    5. Berminat dengan majlis ilmu seperti bengkel, seminar, forum, untuk
    6. Mendapatkan input-input yang berkaitan dengannya.

    7. Mengamalkan budaya membaca. Pilih buku-buku yang berkaitan
    8. Kepimpinan atau ucapan-ucapan tokoh-tokoh utama negara.

    9. Cara-cara lain yang difikirkan sesuai
    1. Taklimat aktiviti organisasi

Gerak kerja

Pilih seorang pemimpin negara dan telitikan visi yang dibawanya.

 

 

Kuliah 9-Vokal

    1. Kuliah pemimpin

Pemimpin yang bervokal

Pemimpin yang bervokal ialah pemimpin yang mampu berucap di khalayak ramai dengan baik. Ucapan itu penting untuk;

    1. menjelaskan sesuatu isu
    2. melancarkan kempen
    3. membentuk kredibiliti/
    4. mempengaruhi undi
    5. membetulkan salah faham
    6. memotivasikan orang lain
    7. mewujudkan publisiti
    8. mempertintingkatkan imej diri
    9. mententeramkan orang marah
    10. memenuhi harapan
    11. menambahkan pelanggan
    12. membentuk personaliti

Membentuk kecekapan berucap

    1. Berpengetahuan
    2. Berkeyakinan tinggi
    3. Bersemangat
    4. Persediaan yang mencukupi
    5. Mesej yang jelas
    6. Kemahiran mendengar
    7. Memahami konsep kendiri
    8. Latihan yang mencukupi

 

Perbezaan ucapan KEPADA audien dan DENGAN audien

KEPADA audien

    1. Pemidato sebagai tumpuan
    2. Cepat
    3. Memerlukan sedikit usaha
    4. Memerlukan usaha yang banyak di pihak audien
    5. Statik
    6. Kefahaman yang terhad oleh audien
    7. Boleh mengecewakan audien
    8. Hubungan sehala

DENGAN audien

    1. Audien sebagai tumpuan
    2. Mengambil masa sambil memerhati
    3. Sukar untuk dicapai
    4. Usaha yang banyak dipihak pemidato
    5. Dinamik
    6. Saling persefahaman yang banyak
    7. Boleh mengecewakan pemidato
    8. Hubungan dua hala

Analisis Diri, Audien & Majlis

Analisis Diri

    1. pastikan stail komunikasi yang akan digunakan
    2. keminatan pada topik yang akan dipidatokan
    3. Adakah masa mencukupi untuk persediaan
    4. Adakah audien menerima kita.
    5. Apakah contoh-contoh yang sesuai

Analisis Audien

    1. Tahu tentang latar belakang, kepercayaan dan sikap pendengar
    2. Apakah yang audien tahu mengenai tajuk ucapan kita
    3. Kenalpasti keunikan audien
    4. Analisis audien sebelum, sewaktu dan selepas ucapan
    5. Semak ucapan
    6. Bersedia dengan tindak balas
    7. Apa yang mereka fikirkan tentang anda
    8. Apakah aktiviti lain yang berjalan serentak dengan ucapan anda
    9. Siapakah yang hadir dalam audien anda
    10. Bagaimana situasi organisasi mereka
    11. Apakah situasi politiknya.
    12. Apakah perkara-perkara istimewa yang perlu kita beri perhatian.

Analisis Majlis

    1. Apakah tujuan/agenda majlis
    2. Tempat diadakan majlis
    3. Kemudahan yang ada dalam majlis itu
    4. Giliran kita berucap
    5. Siapakah giliran selepas kita
    6. Apa pula acara selepas ucapan kita
    7. Membuat penyelidikan.

Kerangka Ucapan

    1. Idea utama
    2. Maklumat sokongan
    3. Penjelasan idea
    4. Penggunaan rangkaikata-rangkaikata
    5. Penggunaan kenyataan, petikan dan sorotan idea

Ucapan lebih menarik

    1. Contoh-contoh
    2. Petikan-petikan
    3. Cerita-cerita
    4. Statistik
    5. Definisi
    6. Perbandingan

Pengenalan, Isi, Penutup

Pengenalan

    1. menjalin hubungan dengan audien
    2. mewujudkan kredibiliti perucap
    3. menyampaikan topik
    4. mempermilikkan ucapan
    5. mewujudkan tanggapan awal
    6. Konsep dua minit pertama

Kaedah menarik perhatian audien

    1. Menyatakan sesuatu yang memeranjatkan
    2. Menanyakan soalan sama ada soalan realistik atau retorikal
    3. Menyatakan sesuatu yang lucu
    4. Menggunakan kata-kata bistari seperti petikan, kata-kata cendikiawan, Al Quran, hadis dsb.
    5. Merujuk kepada audien
    6. Merujuk kepada fakta sejarah
    7. Memberi penghormatan atau audien
    8. Memberikan contoh, ilustrasi atau cerita yang berkaitan dengan topik
    9. Merujuk kepada majlis
    10. Merujuk kepada fakta sejarah
    11. Memberi penghormatan/pujian kepada audien
    12. Menggunakan gimik
    13. Menekankan kepentingan topik/isu yang dibincangkan

Penutup

    1. Menyemak semula perkara-perkara utama dalam ucapan
    2. Menekankan hujah yang paling kuat
    3. Menyuarakan usaha-usaha untuk bertindak
    4. Mengukuhkan hujah-hujah yang masih lemah
    5. Meninggalkan tanggapan yang positif
    6. Memisahkan perucap dengan audiennya

Contohnya;

    1. beritahu kita akan berhenti berucap
    2. ringkaskan idea-idea utama
    3. ulang sebut di antara idea-idea utama
    4. kenyataan akhir yang tersendiri

Tujuan;

 

    1. Taklimat aktiviti organisasi

Gerak kerja

Apakah syarat-syarat menjadi pemidato yang berkesan.

 

 

 

 

Kuliah 10-Misi

    1. Kuliah Pemimpin